percintaan selepas perkahwinan (pinjam gambar je) |
Indahnya satu perkahwinan itu apabila adanya percintaan,
restu ibu bapa dan redho ALLAH.
PERCINTAAN
Namun percintaan
selepas perkahwinan lebih indah berbanding sebelumnya. Percintaan yang terbit
dari sebuah perhubungan yang halal menghalalkan pelbagai cara. Tiada rasa malu
untuk melakukan aktiviti bersama ‘lelaki’ bukan mahram apabila halal dalam
perhubungan itu ada. Di sini, saya menekankan bahawa percintaan yang terbit
dari sebuah perhubungan yang halal mampu mencorakkan sebuah kehidupan yang
bahagia kerana adanya kemanisan pertama kali bercinta.
RESTU IBU BAPA
Sebuah restu dari ibu bapa mampu melahirkan rasa bahagia
dalam kehidupan berkeluarga kerana adanya doa dari ibu bapa yang membesarkan
dan mendidik kita dari sehelai kain putih sehinggalah kita mampu mencorakkan
kain itu sendiri. Ibu bapa adalah aset penting bagi melahirkan keindahan
percintaan dalam perkahwinan. Siapalah kita tanpa ibu bapa.
REDHO ALLAH
ALLAH mencipta kita manusia sebaik-baik makhluk di muka bumi
ini. Kenapa perlu kita mengingkari setiap peraturanNYA sebagai hamba? Belum
cukup lagikah apa yang ditetapkan kepada kita oleh NYA? Perasaan cinta yang
dibekalkan kepada kita umat manusia adalah lumrah kehidupan. Rasa ingin
dicintai dan mencintai adalah normal bagi setiap kehidupan. Tak normallah orang
itu jika tiada perasaan cinta. Cinta yang terbit dari hati seorang insan
bukanlah hanya untuk mencintai insan yang lain sahaja, cinta terhadap ALLAH itu
amat penting bagi kamu yang hidup di muka bumi ALLAH ini. Percintaan yang
terbit bukan atas landasan yang benar(niat kerana ALLAH)kemungkinan tiada redho
ALLAH. Keindahan percintaan yang ingin dinikmati, tidak mampu dinikmati oleh
individu itu. Oleh itu, sebuah percintaan indah akan terlahir apabila adanya
keredhoan ALLAH dan terhindar dari kemurkaan ALLAH.
P/s penaja: hanya ingin berkongsi rasa hati yang mendambakan
keindahan percintaan selepas perkahwinan dan diiringi doa ibu bapa serta
keredhoan ALLAH.