Tuesday, May 27, 2014

Program Induksi dan Pemantapan Pelajar

Lama jugaa aku tak buat panggilan ke Yayasan Bank Rakyat or pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) buat panggilan kat aku.
Lama tu hampir 2 tahun .

Selama 2 tahun, 3 semester pengajian aku kat UiTM Perlis semakin merosot dan merosot terus. Aku tak tahu apa salah aku dalam menguruskan masa. Bermula dari sem 3 hingga sem 5, prestasi aku memang menurun sikit demi sedikit.

Pertama kalinya aq dapat surat amaran dari pihak YBR mengenai result aku yang hampir membuatkan pinjaman aku ditarik balik oleh pihak YBR.

Mulanya aku resah memikirkan hal ini, sebak pun ada sebab aku tak tahu nak ubah diri ini macam mana.

Pucuk dicita, Ulam mendatang...

Akhirnya pada 2 Mei 2014 jam 10 lebih lah kalau tak silap, time ni tengah ada presentation PBL (bukan turn group aku), dapat panggilan dari pihak YBR yang meminta aku pergi ke program Pembangunan Modal Insan 2, aku tanya tarikhnya, kebetulan pada tarikh tu aku cuti. Aku apa lagi terus setuju je lah. Best dapat pergi program yang dianjurkan oleh pihak YBR. Setiap program YBR seperti rasa disayangi. Ini kisah betul. tak main tipu-tipu.

Surat tawaran pergi ke program :

Seronok dapat pergi program.

Tengok tarikh, alaaaaaaaaaaaaa 3 hari jer?? sekejap nyer...tapi tak pe lah pergi je lah...huuu

Sepanjang program ni berlangsung memang seronok habis lah nak cerita. Pengalaman dan Cerita-cerita semasa kat program ni memang seronok dan tak mungkin aku akan lupakan.

Nak cakap pasal kawan-kawan masa kat program, pergh!!! syok lah... tak rasa malu pun dengan diaorang. rasa macam dah kenal lama, sedangkan baru je kenal mas program. Connection dengan diaorang memang mantap...memang ada chemistery!!!

Slot-slot yang diisi memang best. Slot dari Dr. Aziz, Dr. Roslan, Ustaz ada 2 Org tp tak ingat nama muka kenallah dan Dato' Paduka Hanafi. Pengalaman dan tip-tip yang diceritakan memang best.

Aku janji, aku akan berubah dari sekarang dan aku akan guna semua input-input masa program untuk aku terus berusaha mencapai impian dan harapan semua orang disekeliling aku.

Sekali gagal tak bermakna gagal untuk selama-lamanya.


Coretan : Masa nak pergi Melaka hari sabtu malam tu rasa nak nangis sebab kena pergi sorang-sorang naik bas, dah lah first time pergi Melaka. Memaang menitik air mata juga lah...heeee buat malu jer
Elok sampai je memang bestlah program ni. Memang ras tak mau balik lah. Tak puas 3 hari ja.
Time balik pula, nak nangis juga sebab sekejap sangat program, tak puas!!!

Nak p lagi... tak mau balik sini!!! huaaaaaaaaaaaaaa